Air terbaik dari langit yang diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai bukti tanda kebesaran dan kekuasaan-Nya yang Maha Agung! Digabungkan pula dengan Air yang terbaik dari Bumi iaitu Air Zamzam, di adun dan di formulasikan mesti dengan kaedah serta adab² yang tertentu bagi menghasikan sesuatu manfaat dengan izin dari Allah S.W.T. Ia sebagai asas (ibu) kepada Formulasi Method Penyediaan Air 30 Juzuk Al-Quran yang digunapakai dalam Perubatan Islam & sebagai Terapi untuk diri sendiri - Pengasas Air Hydro Syifa' (2008-2012)
Kaedah Tadahan Air Hujan Untuk Terapi
1. Pilih Bekas yang sesuai (sebaik² balang kaca), Baldi it's okay.
2. Elakkan dari menggunakan bekas yang diperbuat dari besi, aluminium dan yang seumpama dengannya.
3. Letak bekas pada tempat yang tinggi
4. Mula menadah Air Hujan di kawasan yang lapang
5. Jangan tadah air yang turun dari atap/bumbung rumah anda (ditakuti tidak suci)
p/s: Air Hujan 10 Muharram sangat RARE. Ia jarang² ditemui. Kalau ini berlaku suruhlah anak² keluar rumah untuk mandi air hujan ketika itu termasuk anda & kenderaan anda. Basahkan / kena kan air pada seluruhnya, berniatlah memohon kebaikan dari Allah untuk diri, harta & keluarga. Mudah²an makbul seluruh hajat. Amin!